5 Tahun
Kemahiran yang biasa dijangka sekitar 49–60 bulan, disusun mengikut domain. Ini adalah panduan — anak berkembang mengikut kadar tersendiri.
Motor Kasar
- Bermain buaian.
- Melompat dari tempat tinggi.
- Berdiri dengan satu kaki selama 10 saat atau lebih.
Motor Halus
- Menyalin semula bentuk segi tiga dan bentuk asas lain (contoh: segi empat, bulat).
- Menyalin beberapa huruf besar.
- Melukis gambar orang.
- Menggunting di atas garisan secara berterusan.
Bahasa & Pertuturan
- Memahami dan suka kepada gurauan dan lawak jenaka.
- Mengikut arahan tiga langkah dalam susunan yang betul.
- Memahami turutan peristiwa apabila diberitahu (contoh: 'Mula-mula kita ke kedai, kemudian kita masak kek').
- Menceritakan semula sebahagian daripada cerita.
- Bercakap menggunakan lebih daripada lima patah perkataan dalam satu ayat.
- Bercakap tentang sebab dan akibat dengan menggunakan perkataan 'kerana' dan 'jadi'.
Kognitif
- Menyatakan tempat tinggal.
- Mengenal dan menamakan empat hingga enam warna dengan betul.
- Memahami konsep masa (contoh: boleh bercakap tentang peristiwa semalam, hari ini, esok).
Adaptif
- Memakai dan menanggalkan pakaian tanpa bantuan.
Personal Sosial
- Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
- Bermain olok-olok (contoh: masak-masak, dress-up).
- Mencari pujian.
- Ingin menggembirakan rakan.
- Lebih cenderung mengikut peraturan.
Sedia untuk menyaring perkembangan anak anda?
Daftar percuma dan dapatkan laporan perkembangan yang jelas beserta cadangan aktiviti dalam beberapa minit.
Penafian: MoSAIC ialah alat panduan saringan, bukan diagnosis perubatan. Sila rujuk pegawai perubatan atau pakar pediatrik untuk penilaian lanjut jika terdapat kebimbangan.