6 Tahun
Kemahiran yang biasa dijangka sekitar 61–72 bulan, disusun mengikut domain. Ini adalah panduan — anak berkembang mengikut kadar tersendiri.
Motor Kasar
- Melompat sambil berjalan (skips).
- Melompat tali yang berketinggian rendah.
- Menari.
- Menunggang basikal dengan roda sokongan.
Motor Halus
- Melukis bentuk segi tiga.
- Menulis nama sendiri.
- Mewarna dalam garisan.
Bahasa & Pertuturan
- Menggunakan kata ganti nama dengan betul (contoh: saya, dia, awak, kami).
- Memahami perkataan lawan (contoh: kecil, besar).
- Memahami perbezaan saiz.
- Mengambil giliran yang sesuai dalam perbualan.
- Bercakap dengan lancar.
- Komunikasi difahami oleh ahli keluarga, rakan, dan orang asing.
Kognitif
- Menamakan beberapa huruf dan nombor.
- Mengasing objek mengikut ciri-ciri yang tertentu (contoh: mengikut warna, bentuk, atau saiz).
- Tempoh masa tumpuan meningkat dengan ketara.
Adaptif
- Memberus gigi tanpa bantuan.
Personal Sosial
- Bermain permainan meja yang mudah (contoh: kad gambar).
- Bermain permainan yang berdaya saing (contoh: berlawan lari).
- Bekerjasama ketika bermain (contoh: membahagi peranan dan bermain secara adil).
Sedia untuk menyaring perkembangan anak anda?
Daftar percuma dan dapatkan laporan perkembangan yang jelas beserta cadangan aktiviti dalam beberapa minit.
Penafian: MoSAIC ialah alat panduan saringan, bukan diagnosis perubatan. Sila rujuk pegawai perubatan atau pakar pediatrik untuk penilaian lanjut jika terdapat kebimbangan.