4 Tahun

Kemahiran yang biasa dijangka sekitar 37–48 bulan, disusun mengikut domain. Ini adalah panduan — anak berkembang mengikut kadar tersendiri.

Motor Kasar

  • Melompat dengan sebelah kaki.
  • Mengayuh basikal roda tiga.
  • Menangkap bola yang melantun.
  • Berjalan dalam garisan lurus.
  • Bergerak ke hadapan dan ke belakang dengan tangkas.

Motor Halus

  • Melukis bulatan dengan kemas dan bentuk segi empat sama.
  • Melukis orang dengan dua hingga empat bahagian badan walau bukan pada lokasi yang tepat.
  • Membentuk tanah liat (contoh: bola gulung, ular, biskut).

Bahasa & Pertuturan

  • Faham konsep 'sama' dan 'berbeza'.
  • Faham perbandingan saiz (contoh: besar dan lebih besar).
  • Faham apabila diberitahu 'Mari kita main pura-pura'.
  • Bercakap menggunakan empat hingga enam perkataan dalam satu ayat.
  • Menceritakan pengalaman lalu.
  • Menyanyi lagu atau mengulang kembali lagu kanak-kanak.
  • Percakapan jelas sehingga orang asing dapat memahami.

Kognitif

  • Memahami konsep mengira dan boleh mengira hingga 3.
  • Menamakan beberapa warna dengan betul.
  • Tahu umur sendiri.
  • Bertanyakan soalan 'mengapa' dan 'bagaimana' bagi mendapatkan maklumat.

Adaptif

  • Menuang air dari jug kecil dengan baik.
  • Menggunakan tandas dengan bantuan.
  • Mencuci tangan tanpa bantuan.

Personal Sosial

  • Bermain bersama-sama dengan kanak-kanak lain.
  • Berkongsi mainan dan mengambil giliran dengan bantuan.
  • Terlibat dalam permainan fantasi atau imaginari (contoh: menggunakan kertas sebagai selimut).

Sedia untuk menyaring perkembangan anak anda?

Daftar percuma dan dapatkan laporan perkembangan yang jelas beserta cadangan aktiviti dalam beberapa minit.

Penafian: MoSAIC ialah alat panduan saringan, bukan diagnosis perubatan. Sila rujuk pegawai perubatan atau pakar pediatrik untuk penilaian lanjut jika terdapat kebimbangan.