19-24 Bulan
Kemahiran yang biasa dijangka sekitar 19–24 bulan, disusun mengikut domain. Ini adalah panduan — anak berkembang mengikut kadar tersendiri.
Motor Kasar
- Berjalan mengundur ke belakang.
- Berjalan naik dan turun tangga dengan tangan dipegang.
- Berlari dengan agak baik.
Motor Halus
- Membaling bola kecil.
- Membina menara dengan enam blok/kiub kecil.
- Meniru garisan melintang dan menegak.
- Mencantum blok-blok mainan.
Bahasa & Pertuturan
- Mengikut dua arahan mudah yang berkaitan (contoh: 'buka pampers, buang dalam tong sampah').
- Mengenal pasti sehingga enam anggota badan.
- Memahami kata ganti nama diri seperti 'adik, saya, atau nama sendiri'.
- Memahami beberapa kata kerja (contoh: duduk, main) dan kata sifat (contoh: besar, kecil).
- Bercakap menggunakan dua patah perkataan (contoh: 'nak susu').
- Menamakan tiga gambar.
- Merujuk diri sendiri menggunakan nama.
Kognitif
- Tahu di mana barang-barang diletakkan.
- Memadan bunyi dengan gambar haiwan.
- Memadan dua objek yang serupa.
- Menyebut atau menunjuk pada objek yang dikenali dalam buku apabila diminta.
Adaptif
- Menarik zip besar.
- Menanggalkan kasut.
- Membantu tugas-tugas di rumah yang mudah (contoh: menyimpan semula barang mainan).
- Duduk di kerusi tandas.
Personal Sosial
- Kenal diri sendiri dalam gambar.
- Bermain sendiri.
- Menunjukkan pelbagai jenis emosi.
- Menunjukkan riak empati kepada orang yang dalam kesusahan.
Sedia untuk menyaring perkembangan anak anda?
Daftar percuma dan dapatkan laporan perkembangan yang jelas beserta cadangan aktiviti dalam beberapa minit.
Penafian: MoSAIC ialah alat panduan saringan, bukan diagnosis perubatan. Sila rujuk pegawai perubatan atau pakar pediatrik untuk penilaian lanjut jika terdapat kebimbangan.