13-18 Bulan

Kemahiran yang biasa dijangka sekitar 13–18 bulan, disusun mengikut domain. Ini adalah panduan — anak berkembang mengikut kadar tersendiri.

Motor Kasar

  • Membongkok badan dan kembali tegak.
  • Berjalan sendiri.
  • Melempar bola ke hadapan.
  • Menarik dan menolak mainan.

Motor Halus

  • Membina menara dengan tiga blok/kiub kecil.
  • Menconteng atau menggaris-garis.
  • Menyelak muka surat buku.

Bahasa & Pertuturan

  • Membawakan objek yang dikenali apabila diminta.
  • Mengenal pasti satu atau dua bahagian tubuh badan.
  • Suka mendengar penerangan tentang gambar dalam buku.
  • Mengucapkan perkataan pertama yang bermakna.
  • Menggunakan perkataan tunggal bersama-sama dengan isyarat untuk meminta sesuatu objek.
  • Menyebut 10 hingga 15 patah perkataan.

Kognitif

  • Meniru tindakan dan perkataan orang dewasa.
  • Mengenali beberapa orang selain daripada ahli keluarga terdekat.
  • Memahami dan memberi respon yang bersesuaian kepada perkataan atau arahan mudah (contoh: 'Jangan buat itu', 'Turun').

Adaptif

  • Pegang dan minum dari cawan dengan sedikit tumpahan.
  • Mengunyah makanan.
  • Tidur pada waktu malam selama 10 hingga 12 jam.

Personal Sosial

  • Kenal diri sendiri pada cermin.
  • Bermain bola bersama-sama.
  • Meniru tingkah laku orang dewasa ketika bermain.
  • Menunjukkan kecenderungan pada alat permainan tertentu (contoh: anak patung).

Sedia untuk menyaring perkembangan anak anda?

Daftar percuma dan dapatkan laporan perkembangan yang jelas beserta cadangan aktiviti dalam beberapa minit.

Penafian: MoSAIC ialah alat panduan saringan, bukan diagnosis perubatan. Sila rujuk pegawai perubatan atau pakar pediatrik untuk penilaian lanjut jika terdapat kebimbangan.