10-12 Bulan
Kemahiran yang biasa dijangka sekitar 10–12 bulan, disusun mengikut domain. Ini adalah panduan — anak berkembang mengikut kadar tersendiri.
Motor Kasar
- Berdiri dengan sokongan.
- Memusingkan badan untuk mengambil objek semasa duduk.
- Berjalan dengan kedua-dua tangan dipegang.
Motor Halus
- Mengambil objek kecil dengan dua jari (ibu jari dan jari telunjuk).
- Memasuk dan mengeluarkan objek dari bekas.
Bahasa & Pertuturan
- Meniru gerakan isyarat.
- Memberi respon tertentu apabila diberitahu 'tidak'.
- Mengenali perkataan yang biasa didengar.
- Mengulang beberapa bunyi mudah seperti ba-ba, pa-pa, ma-ma.
- Berkomunikasi melalui peniruan.
Kognitif
- Memberi respon kepada arahan lisan yang mudah (contoh: mengangkat tangan apabila dikatakan 'Mari').
- Memberi respon terhadap irama muzik dengan menggerakkan badan.
Adaptif
- Menghulur tangan dan kaki untuk memakai pakaian.
- Memegang cawan dengan kedua-dua tangan lalu minum dengan bantuan.
- Tidur sebentar 1 atau 2 kali sehari.
Personal Sosial
- Meniru tindakan mudah orang lain.
- Menghulur mainan untuk ditunjuk pada orang lain.
Sedia untuk menyaring perkembangan anak anda?
Daftar percuma dan dapatkan laporan perkembangan yang jelas beserta cadangan aktiviti dalam beberapa minit.
Penafian: MoSAIC ialah alat panduan saringan, bukan diagnosis perubatan. Sila rujuk pegawai perubatan atau pakar pediatrik untuk penilaian lanjut jika terdapat kebimbangan.