7-9 Bulan
Kemahiran yang biasa dijangka sekitar 7–9 bulan, disusun mengikut domain. Ini adalah panduan — anak berkembang mengikut kadar tersendiri.
Motor Kasar
- Berpusing daripada posisi baring menelentang kepada meniarap.
- Duduk tanpa sokongan.
- Merangkak.
Motor Halus
- Memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain.
- Mengendalikan alat mainan dengan aktif.
- Cuba untuk menggenggam objek kecil.
Bahasa & Pertuturan
- Melihat pada ahli keluarga apabila disebut nama.
- Melihat pada gambar apabila disebut.
- Memberi respon kepada permintaan mudah dengan menggunakan isyarat (contoh: 'bye-bye', 'bangun').
- Mengulang beberapa bunyi suku kata mudah (babbling) ketika bersendirian atau apabila diajak bercakap.
- Mengucapkan 'mama' atau 'dada' tanpa merujuk kepada sesiapa secara spesifik.
- Menjerit untuk mendapatkan perhatian.
Kognitif
- Memberi respon dan meniru ekspresi wajah orang lain.
- Bermain selama 2 hingga 3 minit dengan satu alat mainan.
- Bermain cak-cak (peek-a-boo).
Adaptif
- Memegang botol susu sendiri.
- Mengunyah dan menggigit makanan pejal.
Personal Sosial
- Menunjukkan respon yang berbeza kepada orang yang tidak dikenali.
- Senyum melihat imej diri sendiri pada cermin.
Sedia untuk menyaring perkembangan anak anda?
Daftar percuma dan dapatkan laporan perkembangan yang jelas beserta cadangan aktiviti dalam beberapa minit.
Penafian: MoSAIC ialah alat panduan saringan, bukan diagnosis perubatan. Sila rujuk pegawai perubatan atau pakar pediatrik untuk penilaian lanjut jika terdapat kebimbangan.