25-30 Bulan

Kemahiran yang biasa dijangka sekitar 25–30 bulan, disusun mengikut domain. Ini adalah panduan — anak berkembang mengikut kadar tersendiri.

Motor Kasar

  • Menangkap bola besar dengan tangan di hadapan.
  • Menendang bola ke hadapan.
  • Naik tangga dengan kedua-dua kaki di atas setiap anak tangga.
  • Melompat setempat dengan kedua-dua kaki.
  • Melompat ke hadapan pada jarak yang dekat.

Motor Halus

  • Memegang krayon atau pensil warna dengan genggaman jari (digital grasp).
  • Mencucuk atau menguntai tiga manik besar.

Bahasa & Pertuturan

  • Menunjuk pada gambar objek yang dikenali apabila disebut.
  • Menunjuk pada gambar yang mempunyai kata kerja (contoh: main buaian).
  • Memahami konsep bilangan 'satu'.
  • Memahami arahan dua langkah hanya dengan bercakap, tanpa menunjukkan dengan tangan.
  • Bercakap menggunakan dua dan tiga patah perkataan dalam satu ayat.
  • Menunjukkan rasa kecewa apabila tidak difahami.
  • Menyanyi bahagian-bahagian lagu yang tertentu.

Kognitif

  • Memadan dan menggunakan objek yang berkaitan dengan bermakna dan fungsi yang betul (contoh: meletakkan cawan atas piring).
  • Mengenal pasti dan menamakan beberapa objek yang terdapat dalam satu gambar yang sama.
  • Memahami rutin harian.
  • Kenal orang dewasa yang tertentu dalam gambar.

Adaptif

  • Makan menggunakan sudu dengan sedikit tumpahan.
  • Menarik seluar dengan bantuan.
  • Membuka butang baju yang besar.

Personal Sosial

  • Bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain.
  • Mempertahankan barang kepunyaan sendiri.
  • Memahami perbezaan jantina.
  • Menggunakan objek secara simbolik dalam permainan.

Sedia untuk menyaring perkembangan anak anda?

Daftar percuma dan dapatkan laporan perkembangan yang jelas beserta cadangan aktiviti dalam beberapa minit.

Penafian: MoSAIC ialah alat panduan saringan, bukan diagnosis perubatan. Sila rujuk pegawai perubatan atau pakar pediatrik untuk penilaian lanjut jika terdapat kebimbangan.